::Ieda Akmal Life::

Pages

Friday, July 29, 2011

Ibadah Ramadhan Ke Realiti Kehidupan


Salam sumer,,
sempena ramadhan nih den nk kobar ckit....psal bulan PUASA yakni bulan  RAMADHAN AL MUBARAK:

  Saban tahun kita mengerjakan ibadah Puasa Ramadhan, memenuhi tanggungjawab Rukun Islam.  Ada yang baru belajar berpuasa, ada yang sudah 40 tahun berpuasa.  Ada yang puasa ‘yok yok’ bangun pagi buka periuk.  Ada yang paksa bini masak siang hari, tapi tetap berbuka bersama isteri.  Ada yang tiba-tiba gastrick, ada yang oversea trip.

Pelik tapi benar; dua minggu sebelum Ramadhan, tukang jahit sudah tolak semua tempahan baru.  Ramadhan belum, pakaian Raya sudah di tempah.  Begitulah beriya-iya kita membuat persiapan menyambut ‘Aidil Fitri pada satu Syawal.  Tiada salah apa; ia menggambarkan kesungguhan kita menunggu Hari Lebaran.  Persoalannya apakah kita layak menyambut satu Syawal itu dengan kemenangan dan ketaqwaan?  Apakah persiapan mengisi Ramadhan itu dibuat, setimpal dengan persiapan menyambut ‘Aidil Fitri’?  Mari kita sembang-sembangkan.

Puasa Ramadhan adalah salah satu daripada Rukun Islam.  Kalau begitu, maka sudah pasti ianya merupakan suatu amalan yang utama lagi mempunyai implikasi dan aplikasi yang besar dalam kehidupan seorang peribadi muslim.  Sudah tentu, ianya bukan sekadar persoalan menahan lapar dan dahaga sahaja.  Ianya jauh lebih bermakna dari itu.

Natijah puasa ialah, “Moga-moga kamu beroleh ketaqwaan.”  Satu misi besar, iaitu program untuk melahirkan insan taqwa, insan beriman, insan yang patuh kepada segala ajaran Illahi.  Insan yang akan memakmurkan dunia ini dengan segala keupayaannya serasi dengan adab agama; insan yang cintakan dwi kebahagiaan- dunia akhirat.  Manusia hebat; manusia yang bukan sahaja soleh tapi mampu membawa kebaikan kepada insan dan alam seluruhnya.

Kalau begitulah puasa, maka ayuh bersama kita berazam dan bertekad untuk memastikan kali ini puasa kita puasa yang istimewa.  Puasa Akbar; Puasa perubah minda dan hati budi, puasa pengubah jiwa dan pandangan hidup.

Puasa membentuk budaya ahsan (cemerlang); budaya itqan (kualiti) dan prihatin.  Budaya menyakini bahawa Allah maha melihat apa yang kita kerjakan.  Mana mungkin kerja itu dilakukan sekadar buat kalau kita meyakini Allah Maha Melihat.  Tentunya, amal dan kerja itu dilakukan dengan tahap itqan.  Maka puasa kita kali ini, puasa yang dilakukan dengan memahami bahawa ianya diawasi oleh Allah setiap masa.

Puasa juga seharusnya membawa tabiat amanah dan dipercayai.  Kita tidak berbuka puasa bukan kerana orang tidak nampak, tapi kerana beramanah dengan Allah.  Tabiat ini jika dipanjangkan ke organisasi, ianya merupakan suatu elemen yang amat mahal dan amat disanjung.  Kemahiran itu sukar di capai, tetapi beramanah itu jauh lebih sukar dicari; ianya tidak boleh dibeli di kedai kopi atau di kedai ceti, tetapi perlu timbul dari kesedaran hati yang suci murni.

Puasa memupuk tabiat sabar dan ketekunan.  Kesanggupan untuk menangguh makan minum dan tidak melakukan perbuatan yang Allah benci, adalah suatu proses pembentukan tabiat sabar.  Jiwanya akan menjadi subur dan punya daya tahan daripada serangan nafsu dan syaitan.

Disiplin yang dijaga sepanjang Ramadhan akan membuat seseorang itu lebih beradab.  Tiap sesuatu ada masanya dan tidak boleh diambil semahunya, berbuka ada masanya, bersahur ada batas waktunya.  Kesediaan untuk menahan daripada apa yang biasa dilakukan, mampu menahan tabiat kesediaan menanggung beban tugas dan tanggungjawab yang lebih berat.

Puasa mendidik kita dengan perasaan hati budi memahami kepahitan hidup orang yang kurang bernasib baik.  Mereka kelaparan, bukan sebulan setahun tetapi setiap hari.  Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.  Apabila kita menunaikan kewajipan berzakat, kita akan melakukan dengan penuh simpati dan memahami bahawa yang diberi itu bukan milik sendiri, tetapi milik orang lain yang di amanahkan melalui kita.  Mereka adalah insan seperti kita, yang punya perasaan dan keinginan, yang perlu kepada kasih sayang dan kedamaian.

p/s::den bca nih dlm articles yg di tulis oleh Hj. Nik Mohd Yusoff Nik Ismail dari Pusat Kaunseling dan Latihan di Majlis Agama Islam N.9..Kebetulan N.9..hehe..den bkn org nogori punn...haha ...@_@
                    



Friday, July 8, 2011


Malas, lemah, penat, longlai adalah resam jika anda bukanlah berniat dengan penuh kesungguhan dan bersemangat untuk menikmati kebahagiaan di pagi hari.
Waktu pagi adalah ujian untuk anda, pagi adalah nikmat untuk anda, pagi adalah penentu arah kejayaan dan kegagalan dalam hidup anda.
Justeru itu adakah kita mahu mensia-siakannya?
Ayuh sahabat, bangkitlah! Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah:
01.Bersyukur, bersyukur, bersyukur
  Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

02.Tekad Bermotivasi
   Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
03.Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
  Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
04.Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah
  Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
05.Set Target Kemajuan Diri Sendiri

Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
06.Lihat Warna Cerah

Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

07.Penuhkan Hati Dengan Kemaafan

    Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
    Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Kita mesti berubah untuk kemajuan diri.
Ok…Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup….chaiyok2x..moga berjaya menjadi yg t’baek……

















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...