::Ieda Akmal Life::

Pages

Showing posts with label ::renungan corner::. Show all posts
Showing posts with label ::renungan corner::. Show all posts

Tuesday, July 3, 2012

::Perjalanan seorang pendai’e::

Assalamualaikum..n salam ukwah wat sumer…Big Boss

Lmer dh an x updated blog… yer la bz la katakana..ari2 lpas g kem rekrut askar wataniah sbulan smbung plak kem kadar…dpt la pngkat lans kopral g kem tahunan txmas1…hmm..alhamdulillah…okey…tutup cter sal kem askor nih…kter p cter sal tjuk yg tertera…hmmm…tuk pengetahuan semua…amber nih amik kos Dakwah…alhamdulillah bru2x nih..28-01 Julai…ad wat program tuk Dakwah orang Asli di kg Galas,kuala Betis,Gua Musang Kelantan.…not worthyDakwah ini di laksanakan sbagai secret agendadont tell anyone yg mna,,,nk mngajak org wat baek n tggal yg buruk bknlah sngkan..mmg nih la cbrn first time kami rasakan sbgai seorang pelajar dakwah untuk berdakwah secara praktikal kepada mereka yg bkn seagama mgkin dan bkn sekaum ngan kita sgtlah sukar…tp Alhamdulillah program nih brjalan dgn lncr…dlm 4 hari berada di sana byk yg kami pelajari …bhwasanya nak dakwah org tuk mengikut ajran ISLAM bukanlah mudah..bukanlah mudah juga tuk sumer org terima apa yang kita sampaikan kan…oleh itu dgn cara mggunakn pndkatan kasih sayang sesama saudara yang kami tunjukkan disana…alhamdulillah mereka di sana menerima kunjungan kami…dan ada kalangan mereka sudahpun ISLAM…da nada yang baru memeluk..sepanjang program..kita dapam menerima seramai 6 orang SAUDARA BARU…ALHAMDULILLAH…tetapi merek ini mungkin tidak dipantau untuk melakukan apa yang di suruh oleh SYARIAT…HMMM…amber n rakan-rakan berharap agar dpt lagi membuat susulan bgi program sebegini disana InsyaAllah..dan IsyaAllah juga akan melakasanakan dan mengikuti beberapa program Dakwah yang dilaksanakn oleh kami dan juga NGO luar U..mgkin praktikal as mosque tour guide..IsyaAllah…ok sampai cni jer yer…dpt updated lgi…laen msa ad info amber updted ag. k syukrann…. Xie xie kerana sudi baca yer……..daaa…


Monday, December 12, 2011

|Dialog dua wanita ( yg Buka Aurat vs Tutup Aurat )|

 Salam, sahabat,,, yuk kita hayati n amik iktibar dalam dialog antara 2 wanita nih... :~
ap pandangn korang bgi org2x yang susah sgt nk ditegur...
BA: Aku tetap nak buka aurat!
TA: Aku tetap nak tutup.

BA: Orang suka aku buka. Cantik katanya.
TA: Ada orang kata tak cantik tutup?

BA: Buka ni fesyen.
TA: Tutup still boleh berfesyen.

BA: Bila buka, ramai terpikat. Jodoh senang.
TA: Tutup - lebih ramai terpikat. Jodoh senang dpt yg soleh.

BA: Ketinggalan zaman tutup2 ni.
TA: Arahan al-Quran tak lapuk dek zaman.

BA: Dah rasa baik sangatla tu tutup aurat tu.
TA: Ada aku kata ko tak baik? Atau ko sendiri yg tetibe rasa diri tak baik?

BA: Tutup pun kena fitnah gak. Mulut cam harem fitnah org gak yg tutup aurat ni.
TA: Jika yg buka kena 1 juta fitnah, tutup kena 10 fitnah. Mana ko nak? Jgn salahkan majoriti bila minoriti yg mulut macam tu.

BA: Apasal nak tutup lak? Keindahan ni Allah bagi.
TA: Lebih indah di pandangan suami halal.

BA: Tak sedia lah nak tutup.
TA: Tak mengapa. Kain kapan sedia menutupi bila2 masa. Sedia atau tidak sedia
my opinions...:~
to yang menutup 2 bagusla  sebab mengikut syariat y d'suruh...tapi ttup 2..jgnlah spt x ttup lak..faham an..means tutup tapi bertelanjang..
dan bgi yg tidak menutup 2...tlong lah jgn nk mrh blik dah ditegur..tahu salah wat lah cra salah...(jgn nk memoyokan dri kata x slh kalo dh thu hukum)...please jgn nk mnidakkan hukum... laenla  klo incase korg mmg x pnh lgsung blaja sal agama..(yer dok)....
n  to si penegur also,,,silalah guna bhsa sopan ckit bila nk tegur...jgn terus melenting...gna uslub yang slowmotion tp mnagkap dalam hati yg di tegur...ad paham... hehe...means tgurlah dengan berhemah...
n ingat satu :~
Matlamat tidak menghalalkan cara

Friday, July 8, 2011


Malas, lemah, penat, longlai adalah resam jika anda bukanlah berniat dengan penuh kesungguhan dan bersemangat untuk menikmati kebahagiaan di pagi hari.
Waktu pagi adalah ujian untuk anda, pagi adalah nikmat untuk anda, pagi adalah penentu arah kejayaan dan kegagalan dalam hidup anda.
Justeru itu adakah kita mahu mensia-siakannya?
Ayuh sahabat, bangkitlah! Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah:
01.Bersyukur, bersyukur, bersyukur
  Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

02.Tekad Bermotivasi
   Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
03.Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
  Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
04.Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah
  Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
05.Set Target Kemajuan Diri Sendiri

Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
06.Lihat Warna Cerah

Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

07.Penuhkan Hati Dengan Kemaafan

    Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
    Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Kita mesti berubah untuk kemajuan diri.
Ok…Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup….chaiyok2x..moga berjaya menjadi yg t’baek……

















Tuesday, June 7, 2011

4 peringkat dosa


sAlam,,aii korang(readers),,sy ad bca 1 article nih..n nk kongsi ckit…tjuk yer psal 4 peringkat dosa

Dosa Peringkat Pertama

Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya. Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik kedosa peringkat kedua.

Dosa Peringkat Kedua

Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya. Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit-bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang.

Dosa Peringkat Ketiga

Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya. Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD. Contohnya ucapan, "Aku minum arak ni biasa ajee..setakat sebotol tak mabuk lagi. "Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat.

Dosa Peringkat Keempat

Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN. Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri.

Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, "Wahai Rasulullah SAW akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya Islam yang lengkap ini." Rasullullah SAW menjawab," Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang Islam yang lengkap." Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah SAW apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut”. Rasulullah SAW menjawab, "Hendaklah kamu cari ulama-ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya."
Oleh itu, hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat-cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa. Mudah-mudahan kita termasuk di kalangan orang-orang yang bertaqwa disisi Allah….Aminnnn

Friday, June 3, 2011



Salam to all reader..hope kli nih sudi nk bca post yg ini..post y di den kongsi nih tentang :~
15 Maksiat Yang Menurunkan Bala

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. rasulullah saw bersabda: “Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :~

  • apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu .
  • apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan .
  • zakat dijadikan hutang .
  • suami memperturutkan kehendak isteri.
  • anak derhaka terhadap ibunya.
  •  sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
  •  ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
  • suara sudah ditinggikan di dalam masjid .
  • yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di kalangan mereka .
  • seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
  •  khamar (arak) sudah diminum di merata tempat
  •  kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki) .
  •  para artis-artis disanjung-sanjung .
  •  muzik banyak dimainkan .
  • generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (golongan para sahabat) .
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain.” (Hadith riwayat Tirmizi)
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.
~Kitab rujukan : 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi) terbitan Khazanah Banjariah ~

"Majulah umat disisi Agama,bangsa dan negara"



 

Monday, May 23, 2011


HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI
  Untuk makluman Kita Semua......
HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI

1. Semalam : Sudah menjadi sejarah
2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok : Hari yang belum pasti
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama. Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
1. Nafas Naik
2. Nafas Turun
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:
1. Kekal didalam neraka
2. Kekal didalam syurga
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia.
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT...
Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya...lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian. Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :-
1. Dia mungkin didenda
2. Segala suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita....Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang...lalu masuk kedalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Wassalam.
 
 


Wednesday, May 18, 2011

BETUL KE..WAHAI WANITA..???

Di copy n d 'pastekan d cni..dri  kwnku  f.b ..nih dyer orgnyer CLICK SINI

                            



siapa kata jadi perempuan tu senang?

nak kena tutup sana, tutup sini

tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

perempuan, stoking pon kena pakai

cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

komfem x tahan bertutup semua

tapi, perempuan cool jek

tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

tiap2 bulan, mesti ada penyakit

nak pergi kelas pon susah

kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

cuba tengok budak lelaki , selamber jek

kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

hati ni Allah jadikan lembut betul

cepat jek sensitif

cuba tengok orang putus cinta

selalu perempuan yg paling susah nak lupa

lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

siapa yg paling teruk menangis?

perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

lembut tak lembut hati perempuan

tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah

diorang cakap, Allah x adil

kenapa Allah lebihkan lelaki?

kenapa perempuan kena dengar cakap suami?

kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel

diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

kesian kan kat diorang?

disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

persoalannya sekarang

betul ke Allah x adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

betul, isteri kena ikut cakap suami

tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

banyak lagu pasal perempuan kan?

contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

jarang kita dengar lagu pasal lelaki

sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

tengok pula, bila seorang lelaki berjaya

orang akan cakap

'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

kita x pernah dengar orang cakap

'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

kan?hebat x Allah jadikan perempuan tu?

masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

perempuan senang nak masuk syurga

tengok hadis ni

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."


(Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah

betapa sayangnya Allah dekat kita

betapa cintanya Allah dekat kita

tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...