::Ieda Akmal Life::

Pages

Tuesday, June 7, 2011

4 peringkat dosa


sAlam,,aii korang(readers),,sy ad bca 1 article nih..n nk kongsi ckit…tjuk yer psal 4 peringkat dosa

Dosa Peringkat Pertama

Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya. Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik kedosa peringkat kedua.

Dosa Peringkat Kedua

Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya. Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit-bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang.

Dosa Peringkat Ketiga

Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya. Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD. Contohnya ucapan, "Aku minum arak ni biasa ajee..setakat sebotol tak mabuk lagi. "Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat.

Dosa Peringkat Keempat

Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN. Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri.

Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, "Wahai Rasulullah SAW akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya Islam yang lengkap ini." Rasullullah SAW menjawab," Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang Islam yang lengkap." Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah SAW apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut”. Rasulullah SAW menjawab, "Hendaklah kamu cari ulama-ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya."
Oleh itu, hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat-cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa. Mudah-mudahan kita termasuk di kalangan orang-orang yang bertaqwa disisi Allah….Aminnnn

Friday, June 3, 2011



Salam to all reader..hope kli nih sudi nk bca post yg ini..post y di den kongsi nih tentang :~
15 Maksiat Yang Menurunkan Bala

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. rasulullah saw bersabda: “Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :~

  • apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu .
  • apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan .
  • zakat dijadikan hutang .
  • suami memperturutkan kehendak isteri.
  • anak derhaka terhadap ibunya.
  •  sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
  •  ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
  • suara sudah ditinggikan di dalam masjid .
  • yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di kalangan mereka .
  • seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
  •  khamar (arak) sudah diminum di merata tempat
  •  kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki) .
  •  para artis-artis disanjung-sanjung .
  •  muzik banyak dimainkan .
  • generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (golongan para sahabat) .
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain.” (Hadith riwayat Tirmizi)
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.
~Kitab rujukan : 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi) terbitan Khazanah Banjariah ~

"Majulah umat disisi Agama,bangsa dan negara"



 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...