::Ieda Akmal Life::

Pages

Friday, June 3, 2011



Salam to all reader..hope kli nih sudi nk bca post yg ini..post y di den kongsi nih tentang :~
15 Maksiat Yang Menurunkan Bala

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. rasulullah saw bersabda: “Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :~

  • apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu .
  • apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan .
  • zakat dijadikan hutang .
  • suami memperturutkan kehendak isteri.
  • anak derhaka terhadap ibunya.
  •  sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
  •  ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
  • suara sudah ditinggikan di dalam masjid .
  • yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di kalangan mereka .
  • seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
  •  khamar (arak) sudah diminum di merata tempat
  •  kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki) .
  •  para artis-artis disanjung-sanjung .
  •  muzik banyak dimainkan .
  • generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (golongan para sahabat) .
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain.” (Hadith riwayat Tirmizi)
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.
~Kitab rujukan : 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi) terbitan Khazanah Banjariah ~

"Majulah umat disisi Agama,bangsa dan negara"



 

Monday, May 23, 2011


HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI
  Untuk makluman Kita Semua......
HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI

1. Semalam : Sudah menjadi sejarah
2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok : Hari yang belum pasti
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama. Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
1. Nafas Naik
2. Nafas Turun
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:
1. Kekal didalam neraka
2. Kekal didalam syurga
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia.
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT...
Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya...lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian. Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :-
1. Dia mungkin didenda
2. Segala suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita....Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang...lalu masuk kedalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Wassalam.
 
 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...