::Ieda Akmal Life::

Pages

Friday, May 6, 2011

Bila Fitrah Menjadi Fitnah

dzathin_nithaqain: salam k.ha
dzathin_nithaqain: kat libry ke?
Syarha: wslm wbt
Syarha: ye dik
Syarha: maaf, lambt reply, sibuk sikit
Syarha: tesis
dzathin_nithaqain : o yeke
dzathin_nithaqain : emm siapkan la dulu k
Syarha: kalau ada apa2 nak bincang, ok je
Syarha: cuma, kak ha reply lambat sikit harap xx pe
dzathin_nithaqain : ok..
dzathin_nithaqain : nk tnya akak
dzathin_nithaqain : siti khadijah, sebelum bernikah ngan rasulullah,dia wujud tak perasaan cinta pada rasulullah
Syarha: dia mengagumi peribadi rasulullah sejak mula2 kenal lagi. dia pun sengaja menyuruh hamba lelakinya maisarah mengikut rasulullah berniaga untuk merisik peribadi sebenar rasulullah. ternyata, maisarah mengkhabarkan hal2 yang baik sahaj ttg rasulullah membuatkan khadijah bertambah kagum
Syarha: akhirnya, dia meminta dinyatakan hasrat hati yang terpendam pada rasulullah saw
Syarha: wallahua'lam
Syarha: kenapa dik?
dzathin_nithaqain : maksudnya belum ad perasaan cinta..hnya kagum jelah eh
Syarha: cinta yang dipendam tu fitrah setiap manusia...bila disusuli tindakan yang tak syaro' jadi fitnah
Syarha: fitrah bertukar menjadi fitnah
dzathin_nithaqain : oo
Syarha: ada disebut dalam hadis Rasulullah saw bersabda, man asyaqo, fakatama, famata mata syahida
Syarha: siapa yang asyik pada seseorang (mcm minat la), jika disembunyikan (hingga syariat menghalalkan) , dan jika ia mati, mati syahid
Syarha: cari hadis ni dalam buku alhub fil islam
Syarha: cinta dalam islam
Syarha: karangan abdullah nasih ulwan
dzathin_nithaqain : maksudnya..perasaan cinta sebelum nikah mmg fitrah..yang menjadi fitnah bila perasaan cinta tu dikongsi bersama yang menjadi fitnah..
Syarha: yang menjadi fitnah bila perasaan cinta tu disusuli dengan kerap ber sms, kerap dating, call lama2 dsb
dzathin_nithaqain : emm
Syarha: Fatimah Azzahra sendiri pada malam pertamanya menceritakan kepada Ali ra betapa selama ini dia amat meminati Ali dan bercita2 untuk menjadi isterinya. tapi dipendamkan saja. dia memilih jalan yang paling suci. untuk meluahkan segala cinta selepas kahwin

refleksi hati kita n koreksi diri...
renungan buat semua, teguran untuk sy n sahabat2x

Ada Apa Dengan Cinta?


"La yu'minu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma yuhibbu li nafsihi" 

"Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya."
Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ini adalah antara hadis-hadis pendek tetapi banyak memberikan kesan kepada kehidupan manusia seluruhnya sekiranya ia dihayati sepenuhnya.

Cinta itu adalah kasih-sayang. Cinta itu merupakan elemen motivasi yang paling kuat dalam hidup manusia. Orang yang hidup tanpa wujudnya perasaan cinta di dalam dirinya kehidupannya adalah kosong dan sia-sia.

Kalau kita ini pembaca komik-komik kungfu Cina, kita akan dapati seorang hero itu akan melakukan apa sahaja demi menyelamatkan kekasihnya dan orang-orang yang dicintainya. Dengan semangat cinta itu juga dia berjaya mencapai kedudukan tertinggi dalam ilmu persilatan yang dipelajarinya.

Kerana cinta jugalah, kita mendengar kata-kata, "Lautan api sanggup ku renangi demi untuk membuktikan cintaku padamu." atau kata-kata, "Ambillah kapak dan belahlah dadaku ini." Orang yang tidak bercinta tidak akan sanggup mengeluarkan kata-kata yang membunuh diri seperti ini.

Seseorang itu adalah menipu sekiranya mengatakan dirinya tidak memerlukan cinta. Kerana cinta itu satu perasaan luhur anugerah Allah kepada semua hamba-hambanya. Orang yang bercinta merasakan hidupnya berwarna-warni dan sentiasa merasakan keseronokan kerana dilamun perasaan cinta.

Maka alangkah ruginya sekiranya dalam diri kita ini tiada langsung apa yang dinamakan perasaan cinta dan kasih sayang.

Cintanya Nabi saw kepada umatnya tidak pernah padam. Hatta sehingga saat sakaratulmaut pun, Nabi saw masih mengingati umatnya. Nabi begitu kasihkan kita sebagai umatnya sehingga umat akhir zaman ini dimohon diberikan pelbagai nikmat dan rahmat.

Umat terdahulu seperti kaum Aad telah dimusnahkan akibat keengganan mereka tunduk kepada ajaran Nabi Hud a.s, kaum Sadum pula telah diterbalikkan bumi mereka kerana mereka engkar kepada ajaran Nabi Lut a.s, kaum Nabi Nuh pula telah ditenggelamkan semua mereka yang menolak ajaran baginda.

Namun, disebabkan doa Rasulullah, umat akhir zaman ini diberi peluang untuk bertaubat sehingga ke hari Akhirat, malah di dalam bulan Ramadhan, dikurniakan pula satu malam yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Umat akhir zaman ini masih belum dimusnahkan walaupun sudah seribu satu maksiat berleluasa di muka bumi ini.

Cinta para sahabat kepada Rasulullah tiada taranya. Kisah perang Uhud membuktikan tujuh sahabat Nabi termasuk seorang wanita, sanggup mengorbankan nyawanya dengan membentuk perisai bagi melindungi nyawa baginda.

Cinta Saidina Abu Bakr kepada baginda pula, sanggup membiarkan ular mematuk tangannya ketika sama-sama bersembunyi di gua Thur. Cinta Saidina Umar terhadap baginda, hinggakan beliau tidak dapat menerima hakikat pada peringkat awalnya ketika wafatnya Nabi saw, cintanya Saidina Uthman kepada Nabi sehingga beliau sanggup membelanjakan keseluruhan kekayaannya demi perjuangan Islam. Cintanya Saidina Ali, beliau sanggup menggantikan tempat tidur Nabi saw dalam peristiwa hijrah walaupun itu adalah pilihan untuk mati.

Muazzin Rasulullah, Bilal b Rabah terus jatuh sakit dan akhirnya menyusuli kewafatan Nabi saw apabila beliau diberitahu yang Nabi saw telah tiada lagi di muka bumi. Ini semua adalah sebahagian kisah cinta generasi sahabat kepada Nabi saw.

Cinta generasi sahabat sesama mereka pula, juga dinukilkan dalam peristiwa Hijrah. Tanyalah diri kita pada hari ini, siapakah di antara kita yang sanggup menceraikan salah satu dari isteri-isterinya untuk diberikan kepada sahabat yang dicintainya? Tanyalah kepada diri kita, siapakah yang sanggup membahagikan hartanya kepada 2 demi untuk sahabat yang dicintainya?

Sedangkan cinta golongan Muhajirin dan Ansar itu, golongan Ansar sanggup menceraikan satu isteri-isteri mereka untuk menjadi pasangan saudaranya dari golongan Muhajirin. Golongan Ansar sanggup membahagi 2 harta kekayaan mereka demi cinta mereka kepada golongan Muhajirin.

Adakah cinta kita sudah menyamai cinta mereka? Berapa ramai di antara kita yang medermakan barang-barang yang paling disukai untuk diberikan kepada pelarian-pelarian perang yang seagama dengan kita? Adakah baju dan pakaian yang kita dermakan itu pakaian yang buruk dan lusuh ataupun masih cantik dan masih disukai oleh kita sendiri?

Berapa ramaikah yang sanggup memberikan derma sehingga kita sendiri tidak dapat makan untuk sehari? Sedangkan itulah yang dilakukan oleh Nabi dan para sahabat, mendermakan semua rezeki yang mereka dapat pada hari itu kepada golongan yang lebih memerlukan.

Cinta itu suci. Tetapi ia menjadi kotor bila kita sempitkan cinta itu hanya untuk cinta lelaki dan perempuan. Cinta lelaki dan perempuan itu suci sekiranya ianya telah disambung dengan ikatan pernikahan.

Sedangkan cinta itu luas. Cinta kita kepada Allah Yang Maha Pencipta, cinta kepada Rasul, cinta kita kepada ibu bapa dan cinta kita kepada saudara-saudara Islam yang lainnya.

Umat Islam hari ini telah kehilangan cinta dan kuasa cinta. Umat Islam hari ini hanya mengenal cinta yang dicorakkan oleh musuh-musuh Islam iaitu cinta asyik masyuk, iaitu cinta Valentine itulah. Cinta yang dibaluti oleh nafsu yang melesukan.

Umat Islam yang cintakan saudaranya tidak akan membenarkan negerinya menempatkan pengkalan-pengkalan tentera untuk menyerang saudaranya.

Umat Islam yang cintakan saudaranya tidak akan menggunakan undang-undang yang zalim untuk menindas saudaranya itu.

Umat Islam yang cintakan saudaranya akan bangkit menyahut seruan jihad bila saatnya telah tiba.

Tidak menyahut seruan jihad bererti kita tidak cinta kepada Islam. Menghalang seruan jihad menunjukkan kita sudah hilang perasaan cinta itu dalam diri kita. Takut-takut untuk menyokong gerakan jihad menunjukkan kita masih lemah imannya.

Ini semua menunjukkan cinta kita adalah cinta kepada dunia dan takut kepada maut. Tidak pernah memohon untuk mati syahid, bererti kita lebih mencintai neraka dari syurga.

Love is a verb. Maka buktikanlah cinta kita melalui perbuatan. Islam tidak akan tertegak sekiranya perbuatan kita masih tidak berlandaskan syariat.

Islam akan terus tertindas sekiranya kita masih belum memboikot barangan pemodal kapitalis-kapitalis Yahudi.

Islam akan terus dizalimi, sekiranya kita masih belum mahu bergerak dalam gerakan Islam, menyokong dan mengundi parti-parti Islam.

Islam akan terus diperintah, sekiranya ayat-ayat Quran itu hanya tercetak cantik di mushaf-mushaf dan tersusun di rak-rak.

Islam akan makin dipersenda, sekiranya kita masih menyakini kata-kata intelektual kuffar berbanding nasihat para ulama' pewaris nabi.

Islam akan terus berpecah, sekiranya kita masih diselebungi semangat kebangsaan tidak bertempat yang akhirnya menutup usaha membina khilafah yang satu.

Maka didiklah diri kita ini untuk mencintai Islam sepenuh hati kerana hati yang cinta kepada Islam sahaja yang akan terus hidup dan bersemangat untuk memastikan ketuanan Islam akan ditegakkan kembali.

Wallahu'alam.

::sekadar renungan::

Di copy n the paste dri hsil tgn iefa dak klas guer..hehe(https://www.facebook.com/profile.php?id=100000598299012)...bca n jdikn renungan yer...yukk bca..
Cuti sem baru bermula…Bulma dibenarkan keluar rumah oleh ibunya.

Setibanya di taman…

Goku : Hai sayang..maaf B lambat..

Bulma : Huhu..da janji pukul berapa..sekarang pukul berapa??

Goku : Alaaa..relaks la..lambat sikit je pun..

Bulma : Sikit apa 15 minit ni b?

[Goku membetulkan duduknya…]

Goku : Sayang..kadang-kadang kita sengaja melewatkan waktu solat. Sedangkan dulu kita dah pernah berjanji untuk ikut suruhan Dia..kan? Tapi mulianya Allah masih lagi sayang kita…

Bulma : Err..huhu~


Goku : Sayang kenapa pakai baju macam ni?

Bulma : Untuk B la..kita kan dah lama tak jumpa..

Goku : Eh..kalau B yang pakai baju fit mungkin r ada rasional sebab badan B 6 pack..hehe tapi tak nak la pakai ketat-ketat..sesak nafas..

Bulma : Orang pakai macam ni pun untuk dia laa..sayang masih pakai tudung tau..

[Goku membetulkan duduknya…]

Goku : Sayang, tutup aurat bukan semata-mata pakai tudung. Baju mesti longgar supaya tak nampak bentuknya. Stokin pakai. Aurat tu mahkota wanita khas untuk suami. Jangan lah nak tunjuk kat B. Belum masanya lagi sayang..

Bulma : Err..huhu~


Goku : B ingat nak bawa adik B tadi..dapat dia teman kita & jumpa bakal kak ipar dia ni..

Bulma : Alaaa..dah lama kita tak jumpa pun B masih nak bawa orang lain join kita kan?huhu

[Goku membetulkan duduknya…]

Goku : Sayang..tak manis kita berdua je..sedangkan orang tengok kita dah rasa tak sedap apatah lagi Allah yang Maha Melihat tu tengok kita..sayang tak segan ke?

Bulma : Err..huhu~


Goku : Family sayang tak marah ke sayang keluar jumpa B ni?

Bulma : Dorang kan dah lama tau kita bersama. Takkan nak marah kot..

Goku : Takkan tegur sikit pun takde? Yela..kita asyik jumpa je..

Bulma : Kalau B dah bosan dengan sayang, cakap je..tak perlu guna alasan family sayang k?!

[Goku membetulkan duduknya…]

Goku : B tak beri alasan. Kita dah lama bersama tapi nikahnya tak. Semakin lama semakin tak selesa B dibuatnya. Kalau setiap langkah kita ke masjid untuk menunaikan solat diberi pahala..agak-agaknya setiap langkah kita untuk berjumpa berdua kat taman ni diberi apa ye?huhu

Bulma : Err..huhu~


Bulma : B..cukup! B dah banyak berubah..kenapa ni? Dah tak sayang sayang ke? Dah ada perempuan lain ke? Jawablah!


[Goku membetulkan duduknya…menundukkan padangan ego lelakinya ke tanah…]


Goku : B memang dah banyak berubah…B sering lalai ingat pada Allah…Allah beri macam-macam nikmat pada B tapi B buat tak kisah je semua tu. Dulu kalau sayang tak balas mesej B sebab merajuk dengan B, B dah gelabah da..tapi bila B dapat rasa yang B jauh dari Allah, B buat biasa je…Allah masih lagi sayangkan B…Allah beri nikmat kasih & sayang dari sayang. B bersyukur dapat kenal sayang tapi malangnya B tak menjaga sayang sebaiknya. B tak sepatutnya mulakan semua ni dulu..huu B nak kembali kepada fitrah B sebab dah banyak berubah.

B memang ada perempuan lain. Dah lama B ada perempuan lain tapi B baru perasan kehadiran perempuan yang amat B sayangi tu. B amat sayang mereka.

Bulma : Mereka??? Sampai hati B! [Mula bergenang air mata Bulma…]

Goku : B memang ada perempuan lain. Ibu B yang lahirkan B. Sejak dalam perut lagi, dia amat sayang pada B. DIa jaga B dengan sebaiknya. Tapi bila B dah besar, B tak jaga dia pun. B sanggup melawan cakap dia semata-mata nak ikut kawan B & nak jumpa sayang. Ibu selalu pesan macam-macam tapi B xdengar pun. B dengar cakap sayang je. Bila sayang merajuk dengan B, B pujuk beriya-iya tapi bila ibu terasa hati dengan B, B cakap “entah pape la ibu ni”..huuhu kalau dengan adik & kakak B, lagi teruk B layan..huhu

B sayang sayang…B…

Bulma : Tak payah nak tipu! [Bulma terus memotong apa yang ingin dikatakan oleh Goku pada dirinya…]

Goku : B sayang sayang…disebabkan B sayang sayang, B nak lepaskan sayang. B tak nak sayang terus hanyut dengan B. Kita buat lah haluan masing-masing. Kenal diri kita. Kenal Allah. Ingatlah walau apa yang kita buat, Allah tak pernah lupa kita. Sentiasa kita dapat nikmatNya. B nak korbankan semua ni kerana Allah sebelum Allah betul-betul tak hiraukan kita & terus biar kita hanyut…

Bulma : B!! Kenapa sekarang??? [Air mata Bulma mula menitis di pipinya..]

Goku : Kerana Hidayat dari Allah tak datang selalu & hanya datang pada orang yang dipilihNya. B tak nak nanti Allah tarik balik hidayatNya ni…

Bulma : Sayang sayang sangat kat B.. [Bulma mula mengesat air matanya…]

Goku : Allah lebih sayangkan sayang…amat sayang pada kita…

Bulma : B..xkesian kat sayang ke? [Tidak dapat ditahan lagi air mata Bulma…]

Goku : B lebih kesian pada sayang jika sayang diseksa di akhirat nanti kerana B & B xmampu nak tolong sayang waktu itu..B minta maaf teramat sangat..B terpaksa lepaskan sayang kerana Allah…Biarpun sekarang sayang tak redha dengan perpisahan ni, tapi InsyaAllah berkat keredhaan Allah dengan usaha kita yang sakit keranaNya, sayang akan faham juga nanti…terima kasih untuk segalanya..jaga diri sayang sebaiknya untuk Allah…Assalamualaikum awak~

[Goku melangkah pergi…sepenuh kekuatan dipendam dalam diri agar tidak menoleh ke belakang untuk melihat Bulma yang pastinya sedang terseksa dengan perpisahan ini. Air mata lelaki Goku akhirnya jatuh jua kerana kesungguhannya melepaskan sesuatu yang disayangi kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT…]

Just nk share...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...