::Ieda Akmal Life::

Pages

Monday, January 28, 2013

Duhai Insan



Duhai insan,
Ku tahu kita punya masa  tuk kembalii kepada fitrahNya,
Ku juga tahu kita punya peluang tuk jadi yang terbaik,
Namun, Mengapa  sukar untuk kita berubah?

Duhai insan,
Ku tahu kita mampu menjadi seperti yang lain,
Ku juga tahu kita mampu menghiasi warna-warna kehidupan sendiri,
Dan ku juga tahu, kita mampu mencoraknya dengan seni kita sendiri,
Tetapi mengapa kita masih leka,
Mengapa kita hanyut dibuai dunia?
Mengapa kita lupakan semuanya?
Mengapa kita alpa pada yang maha Esa?

Duhai insan,
Walau  ku tahu  perubahan itu sukar digapai,
kita boleh cuba tuk capai perubahan
Waima ianya sukar menongkah arus tuk mengharungi liku kehidupan,
Namun cubalah menjadi insan yang tidak jemu berusaha,
Tidak jemu mengejar sesuatu yang pasti akan digapai dengan kesungguhan.

Duhai insan,
Ku tahu, Nur dariNya itu sukar diperoleh,
Namun kita mampu untuk mencarinya,
Carilah ia selagi mana diberi kesempatan,
Tatkala terjumpa, sayangilah Ia,
Gunakanlah Ia sebagai peluang untuk berubah,
Bertaqwalah kepada pemberiNya,
Nescaya diri kita diawasiNya,
Selagi punya nyawa kita mampu berubah, In Syaa Allah.

Duhai insan,
Kita mugkin punya waktu,
Gunakanlah waktu itu sebaiknya,
Kikislah coreng-coreng mazmumah yang tercalit,
Pahatkanlah perkara yang mahmudah dijiwa kita,
Jadikanlah ia sebagai senjata coretan kehidupan.

Duhai insan,
Ku percaya kita punya pilihan,
Pilihlah yang di atas  sana,
Yang di atas itu sudah pasti tidak mengecewakan.

Duhai insan,
Tiada alasan tuk kita jauh dariNya,
Tiada alasan  tuk kita lari dariNya,
Sedarlah kita cuma makhluk,
Dan dia adalah Pencipta.
Duhai insan,
Kita sering melakukan dosa,
Tiada insan yang  lari dari dosa,
Namun kita harus sedar,
dia sering memberi peluang untuk kita menuju jalanNya,
Kejarlah peluang itu,
Jangan kita lepaskanNya.

Duhai insan,
Ku tahu kita semua sama sahaja,
Tiada yang suci dari dosa,
Tiada juga yang digelar sempurna,
Maka janganlah kita tersalah jalan,
Pilihlah ia sebaiknya.

Duhai insan,
Rendahkanlah diri kita dihadapanNya,
Bersihkanlah jiwa ketika bersujud kepadaNya,
Moga taubat kita diterima Olehnya,
Dialah Pencipta,
Dialah yang Hakiki,
Dialah yang kekal Abadi,
Moga Dia pemudahkanlah segalanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...