::Ieda Akmal Life::

Pages

Saturday, March 30, 2013

Kenangan & pengalaman itu PENGAJARAN

Assalam,, hye readerr....

dah lma x updated an~~,,
tup2x skunk ak dh hbis Diploma~~ yaa... ak dah HABIS 3 TAHUN BELAJAR DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM(DAKWAH) dan DIPLOMA KOR- ASKAR WATANIAH
bkn senang nak habiskan diploma nih~~ byk kenangan pahit. manis. masam n masin n semualah ada..
ak gembira dah habis...
tp ak sedih tinggalkan kawan2x... :(

ape2x pown ak kna ingat perjuangan ak sebagai pendakwah bukan ternoktah di atas paper terakhir ak time FINAL hari tuh(25 Mac 2013)... tapi perjalanan ak masih panjang~~ mungkin sukar tapi aku masih dalam percubaan...
ak akan jadikan kenangan ak n sahabat sebgai pengalaman yang akan mengajar ak untuk ke arah lebih baik~~
mgkin dari yang nakal kepada yang lebih baik n sopan~~ In Syaa Allah... Moga Allah Permudahkan

kenangan bersama budak2x DAKWAH ak akan jadikan ia sbgai penguat ak untuk berdakwah
dan pengalaman ak sebagai anggota watanaiah ak akan jadikan ia sebagai kekuatan ak menahan mental dan fizikal ak untuk menceburi bidang ini~~ DAKWAH itu luas... bukan bergantung kepada ak dan sahabat di bidang nih  tetapi semua~~semua umat Islam... semua kita adalah Du'at sebnrnya...

for Kenangan ak sertakan pict2x akhir ak bersama mereka:~






n satu lagu  ukhwah sebiru hari ini: ADCOUSTIC


n akhir kta... 
ak pasti akan merindui geng 2X DAKWAH SESI 2010-2013 N DIP. WATANIAH SESI 2010-2013
ak sayang korangg....!!!!

ok.. i'm STOP AT here ... ttggu posted yang lain plak dgn cter yang lain or ap2x la ....huhu... tq 4 reading... Assalamualikum...


Wednesday, February 20, 2013

One month still balance

Assalam.....hye readers lma x updated... last entry pown sal assgnment 3p..Karya Penulisan...First time kot mengarang panjang tuh~~ sjer nak mencuba tak salahkan....hehe.. Okey lah back to point utama....
lagi sbulan lagi tinggal nak exam final dri tarikh skarang(20/2/2013) ... pergh dalam sedar dh nak abis dip dah.. tapi smua rasa ada...nak abis awall..nak sambg degree cpat...nak kerjaa. n nak nak nak la..haha
lpas nih msti rindu smua...rndu budak kelas Especially budak dip dakwah batch 2010/2011 ... BUDAK2X WATANIAH terutamanya... rndu la nak gurau2x sma... hidup ngn korang2x smua mmg pengalaman terbaek..ak SAYANG DIPLOMA DAKWAH BATCH 2010/2011 ... N ak SAYANG SEMUA Anggota WATANIAH sENior tahun 2012/2013 n smua budak yg ak kenall...

Gambar di bwah nih jdi kenangn kita smua yerr~~






Moga Ukhwah yang terbina kekal selamanya...In Syaa Allah...kita berjumpa lagi.~~~

Monday, January 28, 2013

Duhai Insan



Duhai insan,
Ku tahu kita punya masa  tuk kembalii kepada fitrahNya,
Ku juga tahu kita punya peluang tuk jadi yang terbaik,
Namun, Mengapa  sukar untuk kita berubah?

Duhai insan,
Ku tahu kita mampu menjadi seperti yang lain,
Ku juga tahu kita mampu menghiasi warna-warna kehidupan sendiri,
Dan ku juga tahu, kita mampu mencoraknya dengan seni kita sendiri,
Tetapi mengapa kita masih leka,
Mengapa kita hanyut dibuai dunia?
Mengapa kita lupakan semuanya?
Mengapa kita alpa pada yang maha Esa?

Duhai insan,
Walau  ku tahu  perubahan itu sukar digapai,
kita boleh cuba tuk capai perubahan
Waima ianya sukar menongkah arus tuk mengharungi liku kehidupan,
Namun cubalah menjadi insan yang tidak jemu berusaha,
Tidak jemu mengejar sesuatu yang pasti akan digapai dengan kesungguhan.

Duhai insan,
Ku tahu, Nur dariNya itu sukar diperoleh,
Namun kita mampu untuk mencarinya,
Carilah ia selagi mana diberi kesempatan,
Tatkala terjumpa, sayangilah Ia,
Gunakanlah Ia sebagai peluang untuk berubah,
Bertaqwalah kepada pemberiNya,
Nescaya diri kita diawasiNya,
Selagi punya nyawa kita mampu berubah, In Syaa Allah.

Duhai insan,
Kita mugkin punya waktu,
Gunakanlah waktu itu sebaiknya,
Kikislah coreng-coreng mazmumah yang tercalit,
Pahatkanlah perkara yang mahmudah dijiwa kita,
Jadikanlah ia sebagai senjata coretan kehidupan.

Duhai insan,
Ku percaya kita punya pilihan,
Pilihlah yang di atas  sana,
Yang di atas itu sudah pasti tidak mengecewakan.

Duhai insan,
Tiada alasan tuk kita jauh dariNya,
Tiada alasan  tuk kita lari dariNya,
Sedarlah kita cuma makhluk,
Dan dia adalah Pencipta.
Duhai insan,
Kita sering melakukan dosa,
Tiada insan yang  lari dari dosa,
Namun kita harus sedar,
dia sering memberi peluang untuk kita menuju jalanNya,
Kejarlah peluang itu,
Jangan kita lepaskanNya.

Duhai insan,
Ku tahu kita semua sama sahaja,
Tiada yang suci dari dosa,
Tiada juga yang digelar sempurna,
Maka janganlah kita tersalah jalan,
Pilihlah ia sebaiknya.

Duhai insan,
Rendahkanlah diri kita dihadapanNya,
Bersihkanlah jiwa ketika bersujud kepadaNya,
Moga taubat kita diterima Olehnya,
Dialah Pencipta,
Dialah yang Hakiki,
Dialah yang kekal Abadi,
Moga Dia pemudahkanlah segalanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...