Salam sumer,,
sempena ramadhan nih den nk kobar ckit....psal bulan PUASA yakni bulan
RAMADHAN AL MUBARAK:
Pelik tapi benar;
dua minggu sebelum Ramadhan, tukang jahit sudah tolak semua tempahan baru. Ramadhan belum, pakaian Raya sudah di
tempah. Begitulah beriya-iya kita
membuat persiapan menyambut ‘Aidil Fitri pada satu Syawal. Tiada salah apa; ia menggambarkan kesungguhan
kita menunggu Hari Lebaran. Persoalannya
apakah kita layak menyambut satu Syawal itu dengan kemenangan dan
ketaqwaan? Apakah persiapan mengisi
Ramadhan itu dibuat, setimpal dengan persiapan menyambut ‘Aidil Fitri’? Mari kita sembang-sembangkan.
Puasa Ramadhan
adalah salah satu daripada Rukun Islam.
Kalau begitu, maka sudah pasti ianya merupakan suatu amalan yang utama
lagi mempunyai implikasi dan aplikasi yang besar dalam kehidupan seorang
peribadi muslim. Sudah tentu, ianya
bukan sekadar persoalan menahan lapar dan dahaga sahaja. Ianya jauh lebih bermakna dari itu.
Natijah puasa
ialah, “Moga-moga kamu beroleh ketaqwaan.” Satu misi besar, iaitu program untuk
melahirkan insan taqwa, insan beriman, insan yang patuh kepada segala ajaran
Illahi. Insan yang akan memakmurkan
dunia ini dengan segala keupayaannya serasi dengan adab agama; insan yang
cintakan dwi kebahagiaan- dunia akhirat.
Manusia hebat; manusia yang bukan sahaja soleh tapi mampu membawa
kebaikan kepada insan dan alam seluruhnya.
Kalau begitulah
puasa, maka ayuh bersama kita berazam dan bertekad untuk memastikan kali ini
puasa kita puasa yang istimewa. Puasa Akbar;
Puasa
perubah minda dan hati budi, puasa pengubah jiwa dan pandangan hidup.
Puasa membentuk budaya
ahsan (cemerlang); budaya itqan (kualiti) dan prihatin. Budaya menyakini bahawa Allah maha melihat
apa yang kita kerjakan. Mana mungkin
kerja itu dilakukan sekadar buat kalau kita meyakini Allah Maha Melihat. Tentunya, amal dan kerja itu dilakukan dengan
tahap itqan. Maka puasa kita kali ini,
puasa yang dilakukan dengan memahami bahawa ianya diawasi oleh Allah setiap
masa.
Puasa juga
seharusnya membawa tabiat amanah dan dipercayai. Kita tidak berbuka puasa bukan kerana orang
tidak nampak, tapi kerana beramanah dengan Allah. Tabiat ini jika dipanjangkan ke organisasi,
ianya merupakan suatu elemen yang amat mahal dan amat disanjung. Kemahiran itu sukar di capai, tetapi
beramanah itu jauh lebih sukar dicari; ianya tidak
boleh dibeli di kedai kopi atau di kedai ceti, tetapi perlu timbul dari
kesedaran hati yang suci murni.
Puasa memupuk tabiat
sabar dan ketekunan.
Kesanggupan untuk menangguh makan minum dan tidak melakukan perbuatan
yang Allah benci, adalah suatu proses pembentukan tabiat sabar. Jiwanya akan menjadi subur dan punya daya
tahan daripada serangan nafsu dan syaitan.
Disiplin yang dijaga sepanjang Ramadhan akan membuat
seseorang itu lebih beradab. Tiap
sesuatu ada masanya dan tidak boleh diambil semahunya, berbuka ada masanya,
bersahur ada batas waktunya. Kesediaan
untuk menahan daripada apa yang biasa dilakukan, mampu menahan tabiat kesediaan
menanggung beban tugas dan tanggungjawab yang lebih berat.
Puasa mendidik kita
dengan perasaan hati budi memahami kepahitan hidup orang
yang kurang bernasib baik. Mereka
kelaparan, bukan sebulan setahun tetapi setiap hari. Kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang. Apabila kita menunaikan
kewajipan berzakat, kita akan melakukan dengan penuh simpati dan memahami
bahawa yang diberi itu bukan milik sendiri, tetapi milik orang lain yang di
amanahkan melalui kita. Mereka adalah
insan seperti kita, yang punya perasaan dan keinginan, yang perlu kepada kasih sayang dan kedamaian.
p/s::den bca nih dlm articles yg di tulis oleh Hj.
Nik Mohd Yusoff Nik Ismail dari Pusat Kaunseling dan Latihan di Majlis Agama Islam N.9..Kebetulan N.9..hehe..den bkn org nogori punn...haha ...@_@