::Ieda Akmal Life::

Pages

Friday, July 29, 2011

Ibadah Ramadhan Ke Realiti Kehidupan


Salam sumer,,
sempena ramadhan nih den nk kobar ckit....psal bulan PUASA yakni bulan  RAMADHAN AL MUBARAK:

  Saban tahun kita mengerjakan ibadah Puasa Ramadhan, memenuhi tanggungjawab Rukun Islam.  Ada yang baru belajar berpuasa, ada yang sudah 40 tahun berpuasa.  Ada yang puasa ‘yok yok’ bangun pagi buka periuk.  Ada yang paksa bini masak siang hari, tapi tetap berbuka bersama isteri.  Ada yang tiba-tiba gastrick, ada yang oversea trip.

Pelik tapi benar; dua minggu sebelum Ramadhan, tukang jahit sudah tolak semua tempahan baru.  Ramadhan belum, pakaian Raya sudah di tempah.  Begitulah beriya-iya kita membuat persiapan menyambut ‘Aidil Fitri pada satu Syawal.  Tiada salah apa; ia menggambarkan kesungguhan kita menunggu Hari Lebaran.  Persoalannya apakah kita layak menyambut satu Syawal itu dengan kemenangan dan ketaqwaan?  Apakah persiapan mengisi Ramadhan itu dibuat, setimpal dengan persiapan menyambut ‘Aidil Fitri’?  Mari kita sembang-sembangkan.

Puasa Ramadhan adalah salah satu daripada Rukun Islam.  Kalau begitu, maka sudah pasti ianya merupakan suatu amalan yang utama lagi mempunyai implikasi dan aplikasi yang besar dalam kehidupan seorang peribadi muslim.  Sudah tentu, ianya bukan sekadar persoalan menahan lapar dan dahaga sahaja.  Ianya jauh lebih bermakna dari itu.

Natijah puasa ialah, “Moga-moga kamu beroleh ketaqwaan.”  Satu misi besar, iaitu program untuk melahirkan insan taqwa, insan beriman, insan yang patuh kepada segala ajaran Illahi.  Insan yang akan memakmurkan dunia ini dengan segala keupayaannya serasi dengan adab agama; insan yang cintakan dwi kebahagiaan- dunia akhirat.  Manusia hebat; manusia yang bukan sahaja soleh tapi mampu membawa kebaikan kepada insan dan alam seluruhnya.

Kalau begitulah puasa, maka ayuh bersama kita berazam dan bertekad untuk memastikan kali ini puasa kita puasa yang istimewa.  Puasa Akbar; Puasa perubah minda dan hati budi, puasa pengubah jiwa dan pandangan hidup.

Puasa membentuk budaya ahsan (cemerlang); budaya itqan (kualiti) dan prihatin.  Budaya menyakini bahawa Allah maha melihat apa yang kita kerjakan.  Mana mungkin kerja itu dilakukan sekadar buat kalau kita meyakini Allah Maha Melihat.  Tentunya, amal dan kerja itu dilakukan dengan tahap itqan.  Maka puasa kita kali ini, puasa yang dilakukan dengan memahami bahawa ianya diawasi oleh Allah setiap masa.

Puasa juga seharusnya membawa tabiat amanah dan dipercayai.  Kita tidak berbuka puasa bukan kerana orang tidak nampak, tapi kerana beramanah dengan Allah.  Tabiat ini jika dipanjangkan ke organisasi, ianya merupakan suatu elemen yang amat mahal dan amat disanjung.  Kemahiran itu sukar di capai, tetapi beramanah itu jauh lebih sukar dicari; ianya tidak boleh dibeli di kedai kopi atau di kedai ceti, tetapi perlu timbul dari kesedaran hati yang suci murni.

Puasa memupuk tabiat sabar dan ketekunan.  Kesanggupan untuk menangguh makan minum dan tidak melakukan perbuatan yang Allah benci, adalah suatu proses pembentukan tabiat sabar.  Jiwanya akan menjadi subur dan punya daya tahan daripada serangan nafsu dan syaitan.

Disiplin yang dijaga sepanjang Ramadhan akan membuat seseorang itu lebih beradab.  Tiap sesuatu ada masanya dan tidak boleh diambil semahunya, berbuka ada masanya, bersahur ada batas waktunya.  Kesediaan untuk menahan daripada apa yang biasa dilakukan, mampu menahan tabiat kesediaan menanggung beban tugas dan tanggungjawab yang lebih berat.

Puasa mendidik kita dengan perasaan hati budi memahami kepahitan hidup orang yang kurang bernasib baik.  Mereka kelaparan, bukan sebulan setahun tetapi setiap hari.  Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.  Apabila kita menunaikan kewajipan berzakat, kita akan melakukan dengan penuh simpati dan memahami bahawa yang diberi itu bukan milik sendiri, tetapi milik orang lain yang di amanahkan melalui kita.  Mereka adalah insan seperti kita, yang punya perasaan dan keinginan, yang perlu kepada kasih sayang dan kedamaian.

p/s::den bca nih dlm articles yg di tulis oleh Hj. Nik Mohd Yusoff Nik Ismail dari Pusat Kaunseling dan Latihan di Majlis Agama Islam N.9..Kebetulan N.9..hehe..den bkn org nogori punn...haha ...@_@
                    



No comments:

Post a Comment

timer kasih sudi baca..law bley bgi komen ckit yer..hihi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...